Wednesday, March 18, 2015

'Usyairah Din's Stylista !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan lafaz kalimah suci ini saya merasmikan 'Usyairah Din's Stylista!!!
Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkongsi melalui penulisan.Kerana oranag kata ilmu yang kita ada tak baik disimpan seorang..jadi saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan blog ini untuk bekongsi ilmu-ilmu yang menarik sebagai panduan untuk menjalani aktiviti harian berlandaskan syariat dan juga sunnah insyaAllah.Sebagai umat Islam kehidupan kita perlu sentiasa selari dengan ajaran agama..maka dengan itu nantikan entri-entri menarik yang bakal saya kongsikan kelak.Memandangkan saya di dalam dunia dan bidang fashion saya juga akan berkongsi beberapa tip pemakaian wanita yang bersyariat kerana itulah yang saya perjuangkan di dalam bidang saya ini.Wanita takkan pernah lari dengan sukakan kepada kecantikkan,penampilan yang terjaga penting bagi mencerminkan imej umat Islam yang baik,bersih,kemas dan cantik.Itulah Islam ajarkan,Islam agama yang indah baik maka cerminan penampilan sebagai umat Islam itu penting.Ramai orang akan kata nak cantik-cantik sangat buat apa..menarik perhatian orang lain berdosa.Ini bukan soal menarik perhatian..cantik itu tidak perlu keterlaluan..cantik itu biar ikut keperluan,bukan tampil pucat,tak bermaya,kusam di khalayak ramai..mungkin ada yang suka berpendirian 'natural beauty' lebih baik daripada membazir nak beli bedak dan sebagainya..andai anda sudah beranggapan dan telah melebel begitu itu terpulang pada anda..kerana di sini saya hanya ingin berkongsi tip-tip menarik 'fashion with syariat compliant'.Sampai di sini dulu..nantikan entri akan datang ya insyaAllah..